Hab Kepakaran INTAN

Maklumat kepakaran INTAN dihujung jari

Centre Of Excellence (COE) for Coaching

Mengenai Pandu Citra

     Program pandu citra merupakan satu pendekatan transformasi yang membolehkan individu melalui proses “awareness”, “discovery” dan “growth”. Mengikut definisi pandu citra oleh Sir John Whitmore, “coaching is unlocking people’s potential to maximise their own performance. It is helping them to learn rather than teaching them.” Secara ringkasnya, pandu citra membolehkan individu mengenal pasti keupayaan serta menjana idea kreatif dalam mencapai apa jua matlamat yang disasarkan. Pandu citra juga membenarkan individu menyedari potensi yang ada pada diri sendiri (self-awareness) menerusi kemahuan untuk melaksanakan sesuatu tindakan. Kesemua proses yang terlibat adalah menjurus kepada penyelesaian (solution-focused) di mana sesi perbincangan tidak melihat kepada permasalahan, sebaliknya menerokai penyelesaian yang boleh diambil dalam mencapai objektif / matlamat yang ditetapkan.


Pembangunan Landskap Pandu Citra Dalam Sektor Awam

    Perjalanan Pandu Citra dalam sektor awam bermula pada tahun 2019 melalui pentauliahan 20 pegawai INTAN sebagai Pemandu Citra Profesional, yang menjadi asas kepada pembentukan ekosistem pandu citra di peringkat nasional. Pada tahun 2020, kurikulum Coaching for Leaders (CFL) dibangunkan dan enam pegawai ditauliahkan sebagai Level 1 Trainer, sekali gus mengukuhkan kapasiti latihan.

    Pada tahun 2021, Pusat Kecemerlangan Pandu Citra Sektor Awam ditubuhkan bagi menyelaras tadbir urus dan halatuju pembangunan pandu citra dalam perkhidmatan awam. Pelaksanaan inisiatif ini diperkemas melalui pelancaran Pelan Strategik Pandu Citra 2022–2027 yang menggariskan visi, misi dan teras strategik utama.

    Tahun 2023 menyaksikan penerbitan video Pandu Citra sebagai bahan rujukan rasmi. Pada 2024, Portal Experthub serta Panduan Pelaksanaan Pandu Citra dibangunkan bersama usaha memperkaya penggunaan istilah Bahasa Melayu dalam konteks coaching. Menjelang 2025, penyampaian maklumat diperkukuh melalui penerbitan Podcast Pandu Citra sebagai platform pembelajaran yang lebih mudah diakses oleh penjawat awam.


Visi & Misi Pandu Citra


Pelan Strategik

Bagi memperkukuh peranan INTAN dalam pandu citra serta meningkatkan pemahaman penjawat awam terhadap manfaatnya, pelaksanaan akan berfokus kepada tiga teras utama yang digariskan dalam Pelan Strategik Pusat Kecemerlangan Pandu Citra Perkhidmatan Awam. Ketiga-tiga teras, bersama strategi dan program yang dirangka, akan menggerakkan INTAN sebagai peneraju utama pandu citra dalam perkhidmatan awam. Gambarajah di bawah memperincikan keseluruhan teras, strategi dan program tersebut.

Kenapa Pandu Citra?

Anda memerlukan pandu citra kerana

  • Pandu Citra dapat membantu anda merungkai matlamat yang diingini dengan lebih jelas dan spesifik. Melalui sesi pemanducitraan, anda dapat menerokai pilihan yang ada, memilih pilihan mengikut keutamaan dan merancang tindakan yang perlu diambil agar matlamat dapat dicapai.

  • Pandu citra membantu anda untuk mengenal pasti kelemahan dan mengembangkan kekuatan yang ada pada diri anda. Pendekatan ini memfokuskan kepada pembangunan kemahiran khusus yang diperlukan untuk prestasi kerja yang lebih baik.

  • Pandu Citra dapat meningkatkan keyakinan anda dalam melaksanakan tugasan setelah mengenalpasti dengan jelas kehendak dan tindakan yang perlu diambil.

  • Tindakan yang diambil adalah berdasarkan pilihan yang anda tentukan. Oleh itu, anda akan berasa bertanggungjawab ke atas tindakan yang diambil.

  • Proses pemanducitraan membantu anda untuk memahami diri sendiri dengan lebih baik, termasuk kekuatan, kelemahan, dan potensi yang belum digunakan sepenuhnya. Secara tidak langsung anda dapat meningkatkan kompetensi diri anda dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

  • Melalui sesi pemanducitraan, anda dapat merancang strategi untuk menyelesaikan masalah kerja atau cabaran yang dihadapi.

  • Hubungan antara pemimpin dan pekerja atau antara rakan sekerja boleh diperkuat melalui pandu citra. Ini kerana melalui sesi pemanducitraan ia membenarkan anda untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan membina kepercayaan antara satu sama lain.

  • Dengan membantu pekerja mencapai matlamat peribadi dan profesional mereka, pandu citra boleh menyumbang kepada peningkatan kepuasan pekerja dan pemeliharaan bakat di dalam organisasi.

  • Pandu Citra tidak hanya memberi tumpuan kepada penambahbaikan prestasi jangka pendek, tetapi juga pada pembangunan kompetensi jangka panjang anda. Ini memberikan kesan positif pada prestasi keseluruhan dan perkembangan karier.

 

Program Pandu Citra

Program-program yang dilaksanakan

Coaching For Leaders

Memberikan pendedahan mengenai Coaching dan kompetensi asas kemahiran Coaching

Pocket Talk


Salah satu inisiatif untuk memperkenalkan pendekatan coaching serta kepentingan dan faedahnya kepada penjawat awam

INTAN Coaching Circle

Sesi perkongsian ilmu mengenai Coaching yang melibatkan penceramah jemputan yang pakar dalam bidang Coaching

Coach Meet & Greet

Merupakan platform untuk semua Professional Coaches Perkhidmatan Awam membina jaringan


Sesi Pandu Citra

Merupakan interaksi di antara coach dan coachee yang bertujuan untuk membantu coachee mencapai matlamat/agenda tertentu

INTAN Coaching Circle Networking Luncheon

Platform yang menemukan beberapa coaching community untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam mengendalikan coaching di organisasi masing-masing.

Podcast Pandu Citra @ INTAN

Menampilkan tetamu khas, terdiri daripada pemandu citra profesional yang akan berkongsi pengalaman berharga serta perspektif untuk diterapkan dalam kehidupan seharian sebagai penjawat awam

Webinar Pandu Citra (Coaching)

Webinar dalam tempoh satu jam ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penjawat awam akan kepentingan pandu citra.

Berbicara Bersama Pemandu Citra Kami

Sesi pandu citra bersama Pemandu Citra Profesional

Layari direktori Pemandu Citra Profesional untuk memilih Pemandu Citra atau lengkapkan borang permohonan sesi pandu citra

Direktori Pemandu Citra Profesional

Senarai Pemandu Citra Profesional yang telah diiktiraf

Permohonan Sesi Pandu Citra

Mohon untuk dapatkan khidmat pandu citra

Frequently Asked Questions (FAQ)

Permohonan

  • Sila lengkapkan butiran dibawah untuk pendaftaran.
    Tuan/Puan akan dihubungi oleh Pemandu Citra untuk pengesahan sesi Pandu Citra.


    Maklumat Peribadi

    Maklumat Perkhidmatan
  • Syarat-syarat permohonan :
      Mengikuti dengan jayanya Kursus Kursus Kepimpinan Pandu Citra (Coaching for Leaders - CFL) dan mendapat sijil kehadiran penuh (perlu muat naik sijil semasa mengisi borang permohonan).
      Menyatakan justifikasi dengan jelas untuk mengikuti PCP.
      Menyatakan komitmen yang akan diberikan selepas ditauliahkan sebagai PCP.
      Lulus ujian CFL dengan markah 70% ke atas.
      Melaksanakan 1 kali sesi pandu citra dengan permata citra dan menghantar laporan dalam tempoh sebulan ke INTAN.
    ** Pemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat diatas dan maklumat borang permohonan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
    ** Sila pastikan E-mel Rasmi dan E-mel Peribadi adalah betul.

Hubungi Kami

Lengkapkan maklumat dibawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, permasalahan, aduan atau cadangan.

Lokasi:

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
INTAN Kampus Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel:

+603 - 2084 7777

Faks:

+603 - 2096 1403