Hab Kepakaran INTAN

Maklumat kepakaran INTAN dihujung jari

Centre Of Excellence (COE) for Coaching

Mengenai Coaching

    Program coaching merupakan satu pendekatan transformasi yang membolehkan individu melalui proses “awareness”, “discovery” dan “growth”. Mengikut definisi coaching oleh Sir John Whitmore, “coaching is unlocking people’s potential to maximise their own performance. It is helping them to learn rather than teaching them.” Secara ringkasnya, coaching membolehkan individu mengenalpasti keupayaan serta menjana idea kreatif dalam mencapai apa jua matlamat yang disasarkan. Coaching juga membenarkan individu menyedari potensi yang ada pada diri sendiri (self-awareness) menerusi kemahuan untuk melaksanakan sesuatu tindakan. Kesemua proses yang terlibat adalah menjurus kepada penyelesaian (solution-focused) di mana sesi perbincangan tidak melihat kepada permasalahan, sebaliknya menerokai penyelesaian yang boleh diambil dalam mencapai objektif / matlamat yang ditetapkan.


Sorotan Perjalanan Coaching dalam Perkhidmatan Awam

    Walau bagaimanapun, pendekatan ini masih lagi janggal di kalangan penjawat awam berbanding pementoran, kaunseling dan konsultasi. Bidang coaching mula mengalami perkembangan di Malaysia sejak tahun 2000 khususnya dalam bidang perkhidmatan untuk meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Menyedari akan kepentingannya, INTAN telah mengorak langkah menyiapsiagakan kumpulan pertama pegawai INTAN yang dikenal pasti untuk mempelajari ilmu kemahiran coaching dan menghadiri kursus pentauliahan sebagai Professional Coach.

    Pada peringkat permulaan, seramai 19 pegawai INTAN telah menghadiri kursus Certified Professional Coach (CPC) anjuran Teamcoach International (TCI), salah sebuah Badan Akreditasi Coaching yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Bagi memastikan kemahiran tersebut dibudayakan di dalam perkhidmatan awam dan selaras dengan peranan INTAN sebagai institusi pembelajaran sektor awam yang unggul, INTAN telah membangunkan kurikulum iaitu Bengkel Coaching for Leaders (CFL). Bengkel ini ditawarkan kepada penjawat awam gred 41 sehingga JUSA C. Pembudayaan coaching perlu diperluaskan kepada semua lapisan penjawat awam tanpa mengira gred. Berdasarkan kepentingan tersebut, INTAN sebagai Pusat Kecemerlangan Coaching telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 22 Mac 2021.


Visi, Misi & Objektif

Visi

  • Membudayakan coaching di dalam perkhidmatan awam

Misi

  • Memperkasakan INTAN sebagai Pusat Kecemerlangan Coaching dalam perkhidmatan awam

Objektif

  • Memperkasa pembudayaan coaching melalui pelaksanaan program-program dalam sektor awam;
  • Mempromosikan manfaat pembudayaan coaching dalam menangani perubahan; dan
  • Menerapkan minda berfokuskan solusi bagi meningkatkan prestasi kerja penjawat awam.

Pelan Strategik

Bagi membolehkan misi, visi, dan objektif COE of Coaching ini dicapai, INTAN telah mengeluarkan satu Pelan Strategik yang mengandungi 5 teras utama dan 26 inisiatif bagi tempoh lima (5) tahun. Penerangan ringkas dapat diterjemahkan seperti infografik di bawah:

Coaching Community

Coaching community dalam menjayakan pelaksanaan INTAN sebagai COE dalam perkhidmatan awam adalah seperti berikut:


Teamcoach International (TCI)

International Association of Coaching (IAC) KL Chapter

Petronas Leadership Centre

Leadership Institute of Sarawak Civil Service

Why Coaching?

Anda memerlukan coaching kerana

  • Coaching dapat membantu anda merungkai matlamat yang diingini dengan lebih jelas dan spesifik. Melalui sesi coaching, anda dapat menerokai pilihan yang ada, memilih pilihan mengikut keutamaan dan merancang tindakan yang perlu diambil agar matlamat dapat dicapai.

  • Coaching membantu anda untuk mengenal pasti kelemahan dan mengembangkan kekuatan yang ada pada diri anda. Pendekatan ini memfokuskan kepada pembangunan kemahiran khusus yang diperlukan untuk prestasi kerja yang lebih baik.

  • Coaching dapat meningkatkan keyakinan anda dalam melaksanakan tugasan setelah mengenalpasti dengan jelas kehendak dan tindakan yang perlu diambil.

  • Tindakan yang diambil adalah berdasarkan pilihan yang anda tentukan. Oleh itu, anda akan berasa bertanggungjawab ke atas tindakan yang diambil.

  • Proses coaching membantu anda untuk memahami diri sendiri dengan lebih baik, termasuk kekuatan, kelemahan, dan potensi yang belum digunakan sepenuhnya. Secara tidak langsung anda dapat meningkatkan kompetensi diri anda dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

  • Melalui sesi coaching, anda dapat merancang strategi untuk menyelesaikan masalah kerja atau cabaran yang dihadapi.

  • Hubungan antara pemimpin dan pekerja atau antara rakan sekerja boleh diperkuat melalui coaching. Ini kerana melalui sesi coaching ia membenarkan anda untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan membina kepercayaan antara satu sama lain.

  • Dengan membantu pekerja mencapai matlamat peribadi dan profesional mereka, coaching boleh menyumbang kepada peningkatan kepuasan pekerja dan pemeliharaan bakat di dalam organisasi.

  • Coaching tidak hanya memberi tumpuan kepada penambahbaikan prestasi jangka pendek, tetapi juga pada pembangunan kompetensi jangka panjang anda. Ini memberikan kesan positif pada prestasi keseluruhan dan perkembangan karier.

 

Program Coaching

Program-program yang dilaksanakan

Coaching For Leaders

Memberikan pendedahan mengenai Coaching dan kompetensi asas kemahiran Coaching

Pocket Talk


Salah satu inisiatif untuk memperkenalkan pendekatan coaching serta kepentingan dan faedahnya kepada penjawat awam

INTAN Coaching Circle

Sesi perkongsian ilmu mengenai Coaching yang melibatkan penceramah jemputan yang pakar dalam bidang Coaching

Certified Professional Coach

Merupakan kursus lanjutan kepada Bengkel Coaching For Leaders (CFL) yang dilaksanakan oleh INTAN


Coach Meet & Greet

Merupakan platform untuk semua Professional Coaches Perkhidmatan Awam membina jaringan

Sesi Coaching

Merupakan interaksi di antara coach dan coachee yang bertujuan untuk membantu coachee mencapai matlamat/agenda tertentu

INTAN Coaching Circle Networking Luncheon

Platform yang menemukan beberapa coaching community untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam mengendalikan coaching di organisasi masing-masing.

Talk To Coach

Sesi coaching bersama Certified Coach

Layari direktori Certified Professional Coach untuk memilih coach atau lengkapkan borang permohonan sesi coaching

Direktori Certified Professional Coach

Senarai Certified Coach yang telah diiktiraf

Permohonan Sesi Coaching

Mohon untuk dapatkan khidmat coaching

Frequently Asked Questions (FAQ)

Permohonan

  • Sila lengkapkan butiran dibawah untuk pendaftaran.
    Tuan/Puan akan dihubungi oleh Certified Coach untuk pengesahan sesi Coaching.


    Maklumat Peribadi

    Maklumat Perkhidmatan
  • Syarat-syarat permohonan :
      Mengikuti dengan jayanya Kursus CFL dan mendapat sijil kehadiran penuh (perlu muat naik sijil semasa mengisi borang permohonan).
      Menyatakan justifikasi dengan jelas untuk mengikuti CPC.
      Menyatakan komitmen yang akan diberikan selepas ditauliahkan sebagai CPC.
      Lulus ujian CFL dengan markah 70% ke atas.
      Melaksanakan 1 kali sesi coaching dengan coachee dan menghantar laporan dalam tempoh sebulan ke INTAN.
    ** Pemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat diatas dan maklumat borang permohonan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
    ** Sila pastikan E-mel Rasmi dan E-mel Peribadi adalah betul.

Hubungi Kami

Lengkapkan maklumat dibawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, permasalahan, aduan atau cadangan.

Lokasi:

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
INTAN Kampus Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel:

+603 - 2084 7777

Faks:

+603 - 2096 1403